Connect with us

Trending MY

Altimet & The Kawan Band Live SXSW 2016 Di Austin, Texas.

#Trending

Altimet & The Kawan Band Live SXSW 2016 Di Austin, Texas.

Altimet & The Kawan Band Live SXSW 2016 Di Austin, Texas.

Altimet & The Kawan Band Live SXSW 2016 Di Austin, Texas. | 16 Februari 2016, Kuala Lumpur – Altimet & The Kawan Band telah dijemput untuk membuat persembahan di salah satu persidangan muzik dan filem yang utama di dunia, South by Southwest 2016 yang bakal berlangsung di Austin, Texas, USA pada 11 Mac 2016 hingga 20 Mac 2016.

AATKB2

Altimet & The Kawan Band mendapat penghormatan sebagai wakil tunggal dari Malaysia membuat persembahan di World Stage di SXSW pada tahun ini. Mereka akan memberikan persembahan hebat di pentas Russian House pada tanggal 17 Mac 2016.

Pengembaraan Altimet & The Kawan Band mendapat tajaan daripada One XOX dan Malaysia Airlines Berhad.

 

AATKB1

Tentang Altimet & The Kawan Band

Altimet & the Kawan Band merupakan gabungan bijak di antara Hip Hop dan irama rakyat Malaysia. Kumpulan ini diterajui oleh Altimet, salah seorang artis Hip Hop Malaysia yang disenangi dan digemari rakyat kerana kegemaran beliau untuk mencuba sesuatu yang baru dan berkolaberasi bersama        artis-artis lain. Secara tidak langsung, Altimet and Kawan (atau kata lainnya, sahabat) bergabung menjadi satu kumpulan menghasilkan irama campuran segala bangsa, etnik dan latar belakang yang berbeza di kalangan rakyat Malaysia, dengan irama Hip Hop mencetuskan muzik baru yang indah untuk dihayati.

photo040

Gabungan 10 ahli muzik tempatan yang masih diusia muda, mendapat pimpinan dari Timothy Toh & Rav Singh, diiringi oleh rakan-rakan lain bersama alat-alat muzik masing-masing. Meskipun Altimet & The Kawan Band masih baru berkongsi pentas bersama, mereka telah beberapa kali berpeluang membuat persembahan di luar Negara dan sentiasa mendapat perhatian dan sambutan yang memberangsangkan.

Persembahan Altimet & The Kawan Band pasti tidak akan mengecewakan bahkan membuatkan anda ingin turut serta menari dan menikmati alunan muzik mereka.

Tentang SXSW

Persidangan & Festival South by Southwest (SXSW) menampilkan muzik etnik serata dunia yang berkelainan dan unik, filem-filem indie dan juga teknologi yang canggih dan terkini. SXSW semestinya salah satu acara yang wajib dihadiri jika ingin mengembangkan kreativiti dan profesionalisma sesama rakan industri dari negara lain.

Tahun demi tahun, acara ini merupakan batu loncatan untuk intipati kreatif baru. Persembahan media, muzik dan filem baru akan mendapat tontonan dan perhatian dari penonton mahupun pembuat filem serta penerbit muzik terkenal dunia. Persidangan membincangkan tentang perniagaan dan rangkaian seluruh dunia, di antara ketua-ketua industri bersama artis dan ahli muzik, dapat menghasilkan idea atau penemuan baru dalam industri muzik dunia.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari: http://schedule.sxsw.com/2016/events/event_MS33976

twitter : @altimet          insta : @altimet_      facebook : facebook.com/altimetonline

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in #Trending

To Top