Connect with us

Trending MY

(HIBURAN) GEGAR AIZAT 2016 bersama AIZAT AMDAN

Hiburan

(HIBURAN) GEGAR AIZAT 2016 bersama AIZAT AMDAN

Kasi Gegar Entertainment (KGE) sering mencari idea baru bagi strategi pemasaran dalam produksinya. Dalam tahun 2016, Aizat Amdan muncul dengan strategi yang berbeza sekali lagi dalam menghasilkan karay-karya beliau. Aizat Amdan akan menghasilkan satu lagu untuk setiap bulan dalam tahun 2016, bermula dengan lagu Bagai Hidup Semula (Januari) dan Always With You (Februari). Kesemua 12 lagu dalam 2016 ini akan dimuatkan di dalam album Aizat dan Gegar Aizat 2016 juga akan berakhir dengan konsert yang dijadualkan pada January 2017.

LATAR BELAKANG

Aizat telah menghasilkan tiga album sejak 2008, Percubaan Pertama, Urusan Aizat Amdan, dan Legasi. Untuk setiap album ini, KGE telah berjaya menampilkan keistimewaan setiap album itu tersendiri, cth. Percubaan Pertama, album sulong Aizat mempunyai 5 dari 7 lagu dicipta sendiri oleh Aizat Amdan; Urusan Aizat Amdan pula dihasilkan dengan kulit album yang memenangi anugerah AIM Kulit Album Terbaik; Album Legasi pula dihasilkan  dalam bentuk piring hitam yang memuatkan lagu lagu  duet Aizat bersama penyanyi handalan Malaysia seperti Yuna, Zee Avi, Noh Saleh dan Lan.

 

Kali ini, sebagai satu lagi pembaharuan pembikinan album Aizat,  KGE bercadang untuk menghasilkan satu single untuk setiap bulan dalam tahun 2016. Lagu-lagu ini akan dimuatkan didalam album baru Aizat dihujung 2016 dan akan dilancarkan menerusi satu live konsert Aizat pada Januari 2017.

 

Apa yang menariknya, kesemua 12 lagu untuk 2016 ini akan dilancarkan setiap bulan bersama klip video yang akan dimuat naik di Youtube Channel Aizat sendiri (OfficialAizatAmdan) atau laman Youtube penaja. Aizat juga akan membawa peminatnya untuk mengikuti proses pembuatan lagu lagunya menerusi vlog-vlog, dan juga laman sosial sepanjang 2016.

 

KGE merancang untuk menghasilkan album edisi istimewa Aizat Amdan pada penghujung 2016 yang akan mengandungi kesemua 12 lagu yang dihasilkan dalam tahun itu. Untuk meraikan 10 tahun Aizat berkecimpung didalam dunia hiburan, KGE akan mengadakan konsert live Aizat Amdan pada January 2017 yang juga akan menyaksikan pelancaran albumnya.

 

KGE juga akan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi dalam menjayakan Gegar Aizat 2016.

KARI GEGAR

Pelancaran Gegar Aizat 2016 hari ini diadakan di Restoran Kari Gegar. Kari Gegar merupakan sebuah restoran menyajikan Kari Ayam dari Kampung Pintu Padang, Pahang. Resepi istimewa ini adalah di antara makanan kegemaran Aizat Amdan dan juga orang Raub. Kari Gegar telah membawa masakan istimewa ini ke Ampang, di Taman Dagang. Kari yang lazat ini sangat enak dimakan bersama roti, nasi, roti canai dan sebagainya. Selain Kari Ayam, Kari Gegar juga menyediakan Ayam Goreng Special dan Ayam Kampung, Kari Ikan, Kari Kepala Ikan, dll. Kesemua masakan ini boleh didapati dalam bentuk set dengan harga yang berpatutan bermula daripada RM9.50. Setiap set akan dihidangkan bersama sajian tradisi orang Pahang iaitu Sambal Hitam (sambal ikan bilis dimasak bersama belimbing buluh), dan juga sayur-sayuran.

 

Minuman istimewa di dalam menu adalah jus serai yang disediakan dalam keadaan sejuk atau suam. Layari Facebook Kari Gegar untuk menu yang sepenuhnya.

 

Kari Gegar merupakan usaha sama rakan kongsi dari Raub. Lokasi Kari Gegar adalah sangat berdekatan dengan KGE Studio.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Hiburan

To Top