Connect with us

Trending MY

(HIBURAN) “GROWING UP SUCKS” ALBUM SULUNG SONAONE

Hiburan

(HIBURAN) “GROWING UP SUCKS” ALBUM SULUNG SONAONE

Mengambil masa 5 tahun untuk pembikinan, kini album sulung rapper, penyanyi, penggubah lagu dan penerbit muzik, SonaOne yang berjudul “Growing Up Sucks” dilancarkan dengan rasminya. Album rap/ hip hop ini mengandung 12 buah lagu Bahasa Malaysia dan Inggeris. SonaOne juga menunjukkan kebolehan rap dalam bahasa Perancis dalam lagu Mama’s Boy.

Bermula sebagai artis graffiti pada umur muda, kecenderungannya kepada muzik hip-hop mendapat perhatian Joe Flizzow dan SonaOne menyertai barisan artis di bawah naungan Kartel Records pada tahun 2010. Sentuhan emasnya menghasilkan lagu-lagu hits seperti Who Do It Better, Havoc dan Apa Khabar yang turut menggondol Anugerah Juara lagu ke-29.

Album Growing Up Sucks, edaran Sony Music Malaysia ini telah menghasilkan tiga lagu single hit iaitu No More Hakeleh dan Firefly. Majlis pelancaran album ini dilangsungkan di Lust, KL dan diikuti dengan sidang media dan persembahan istimewa bersama peminat-peminat SonaOne.

Showcase istimewa SonaOne dipancarkan secara langsung melalui applikasi JOOX. SonaOna adalah artis pertama yang menggunakan kemudahan JOOX LIVE yang dikatakan dapat merapatkan lagi jurang di antara artis dengan para peminat. Para peminat yang tidak dapat hadir ke lokasi konsert dapat mengikuti persembahan SonaOne yang dirakamkan secara langsung melalui applikasi JOOX yang boleh dimuat-turun dari Google Play untuk Android daniTunes untuk iOS.

Album “Growing Up Sucks” boleh didapati boleh dimuat-turun secara digital di iTunes. 

Senarai lagu:

1. Sunrise
2. Growing up Sucks
3. Firefly
4. Hakeleh
5. Get Like Me (Interlude)
6. Go Do That (feat. Akeem Jahat & Joe Flizzow)
7. Confirm Ah
8. Grown Up (Interlude)
9. No More
10. Cold
11. Mama’s Boy
12. I Don’t Want to Die Alone (feat. Zamaera)

kredit artikal asal : http://www.femagonline.com/

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Hiburan

To Top