Connect with us

Trending MY

(HIBURAN) JUZZTHIN – CLASS IS IN SESSION

Hiburan

(HIBURAN) JUZZTHIN – CLASS IS IN SESSION

Juzzthin atau nama sebenarnya Mohamad Nazreen Norzali memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada umur 17 tahun apabila bakat beliau telah dilihat oleh rakan-rakannya dan telah mempelawa untuk menyertai kumpulan Hip-Hop yang diberi nama “Tricky Tongue”. Kumpulan ini berakhir menjadi juara untuk rancangan realiti yang besar di Malaysia iaitu “Blast Off Season 3” pada tahun 2007. Dari situ, Juzzthin secara perlahan-lahan mula membuat persembahan dan lakonan secara solo. Single pertama beliau yang bertajuk “Sunset Boulevard” telah mendapat sambutan yang baik dan itu adalah merupakan titik permulaan di mana beliau telah ditemui oleh DJ Fuzz dan ditandatangani oleh Mixology Music pada tahun 2012.

Mula menempah nama sebagai penyanyi rap di industri muzik tempatan selepas popular dengan lagu hasil kolaborasinya bersama W.A.R.I.S dalam lagu ‘Botingkek’. Pasca ‘Botingkek’, Juzzthin terus mendapat perhatian menerusi kolaborasi juga bersama W.A.R.I.S dan Mas Idayu menerusi ‘100% Cintaku’. Namun tidak ramai yang tahu anak muda berusia 25 tahun ini mula terbabit dalam bidang lakonan sejak tahun 2010 menerusi sitkom “Waktu Rehat” di saluran Disney dan kemudian muncul pula di dalam drama bersiri “Oh My English” yang bersiaran melalui Astro TVIQ di mana siri ini berjaya merekodkan lebih lapan juta tontonan sejak musim pertama.

Juzzthin yang dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur merupakan seorang insan seni yang berbakat dalam bidang rap yang juga dikait rapat dengan budaya hip-hop.  Hari ini 28 Januari 2016, Warner Music Malaysia dan Mixology Music dengan berbesar hati melancarkan album sulung Juzzthin yang bertajuk ‘Class Is In Session’.  Juzzthin yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hip-hop ini menggunakan bakat dan kehebatan dirinya dalam menulis lirik lagu yang juga di bantu oleh beberapa rakan hebat beliau di dalam muzik hip-hop tempatan seperti DJ Fuzz, Aziquebeats, W.A.R.I.S, dan ramai lagi. Kerjaya seni Juzzthin kini tampak seiring diantara lakonan dan juga nyanyian.

Album ‘Class Is In Session’ sudah pasti akan memberi kepuasan di hati para pendengar terutama sekali bagi mereka yang meminati lagu berentak hip-hop/rap yang mula bertapak di persada muzik tanah air dari tahun 1990-an. Selain muzik rap, unsur-unsur R&B juga boleh didengari dalam album ini seperti lagu ‘Isi Puisi’ dimana Juzzthin berkolaborasi bersama Nabil Zamanhuri dan G. Lagu ‘Bonda’ yang turut berada di dalam album ini pula mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Juzzthin, kerana lagu tersebut didedikasikan khas untuk ibunya yang tersayang yang telah banyak membantu Juzzthin bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi di dalam kehidupan juga.

Selain daripada itu, ‘Serik Dengan Cinta’ merupakan single terbaru Juzzthin yang turut dimuatkan di dalam album ini. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon terkemuka tanah air iaitu Maya Karin. Pemilihan Maya Karin untuk digandingkan bersama Juzzthin untuk lagu ini adalah kerana kelunakkan suara yang dimiliki olehnya diklasifikasikan sebagai suara yang mempunyai aura tersendiri yang mampu menarik sesiapa sahaja yang mendengar. Secara keseluruhannya lagu ini berkisarkan tentang kesedihan dan tewas dalam mengharap untuk kembali bercinta. Dengan rap bersahaja dan rentak lagu yang rancak akan pasti menjadi tarikan ramai. Lagu ini bukan sahaja mampu menarik pendengar muda tapi juga dipercayai mampu menarik dan menjadi halwa telinga semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam mengembalikan semula kenangan pahit manis semasa bercinta.

Bernaung di bawah naungan Mixology Music dan hasil usahasama bersama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd, Juzzthin kini tampil dengan album sulung yang diberi judul ‘Class Is In Session’. Album ini merupakan sebuah hadiah kepada mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kepada Juzzthin. 12 lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah :

  1. Intro
  2. Day 1 (feat. Muariffah)
  3. Drive (feat. AMPG)
  4. Isi Puisi (feat. Nabil Zamanhuri & G)
  5. Serik Dengan Cinta (feat. Maya Karin)
  6. Sunset Boulevard
  7. Bonda (feat Alabbas)
  8. Off The Hook (feat Mark Adam)
  9. Aku Ada Kelas
  10. Make Me Feel
  11. Poster
  12. Bounce (feat W.A.R.I.S)

Album ‘Class Is In Session’ ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering ‘Serik Dengan Cinta’ dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:

Cara-Cara Muat Turun:

Maxis Caller Ringtones           : Dial *131*495780# dan tekan call/send

Celcom Call Me Tones                        : Dial *888*254590# dan tekan call/send

DiGi Caller Tunes                    : Dial *233*1803876# dan tekan call/send

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Hiburan

To Top