Connect with us

Trending MY

(HIBURAN) “MUZIK HATI JEPUN” – TEROKAI MUZIK UNIK JEPUN BERSAMA AIZDEAN

Hiburan

(HIBURAN) “MUZIK HATI JEPUN” – TEROKAI MUZIK UNIK JEPUN BERSAMA AIZDEAN

Dentsu Media Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama bersama Rangkaian TV Media Prima dan ‘Japanese Association of Music Enterprises’ (JAME) untuk memperkenalkan program hiburan baru yang dikenali sebagai ‘Muzik Hati Jepun’ .

‘Muzik Hati Jepun’ akan disiarkan secara eksklusif di TV3 pada setiap hari Sabtu, jam 6.00 petang mulai 30 Januari hingga 19 Mac 2016.

Program unik ini akan dihoskan oleh Muhammad Aizuddin Anwar, atau lebih mesra dengan panggilan Aizdean. Beliau merupakan seorang penyanyi Malaysia yang menetap di Tokyo. Aizdean telah berjaya menawan hati penduduk Jepun sejak penampilan sulungnya pada tahun 2010.

Menerusi “Muzik Hati Jepun” ini, Aizdean yang fasih berbahasa Melayu dan Jepun akan membawa penonton menjelajah ke tempat-tempat menarik di Jepun dan mempelajari kebudayaan seni dan cara kehidupan Jepun seperti Okinawa, Tottori, Nagano dan Kobe.

Program 8 episod ini menjadi bertambah menarik dengan kemunculan selebriti terkenal Jepun dalam setiap episod. Antara selebriti yang bakal mewarnai “Muzik Hati Jepun” ialah Kiroro, Kaori Mizumori, Daisuke Kawakami, Yukino Kamaki dan Diamond Yukai.

Ketua Pegawai Eksekutif Dentsu Media Malaysia, Yap Chee Weng berkata, “Semoga penonton Malaysia mendapat manfaat menerusi program terbitan kami di sambil mempromosikan Muzik Hati Jepun dan budaya Jepun di samping menampilkan bakat Aizdean, dan dengan sokongan Rangkaian TV Media Prima sebagai rakan media yang eksklusif.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan ‘Japanese Association of Music Enterprises’ (JAME) menerusi program ini. Dengan adanya kerjasama seperti ini kami dapat mempelbagaikan genre program-program yang ada di TV3.”

Pastikan anda tidak melepaskan peluang menyaksikan 8 episod menarik ‘Muzik Hati Jepun’ pada setiap hari Sabtu, jam 6.00 petang mulai 30 Januari ini.

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini. Bagi penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri ini masih boleh mendapatinya di tonton.com.my.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Hiburan

To Top