Connect with us

Trending MY

(HIBURAN) MYA TERSINGKIR! QODY, WANIE, EBBA, FAREEZ & ZETTY BERSAING DI SEPARUH AKHIR

Hiburan

(HIBURAN) MYA TERSINGKIR! QODY, WANIE, EBBA, FAREEZ & ZETTY BERSAING DI SEPARUH AKHIR

Petaling Jaya, 25 Feb 2016 – Mya pernah diraikan sebagai juara mingguan pertama dan dilihat sebagai peserta paling menyerlah sepanjang saingan Mentor Milenia. Malahan, persembahan Mya yang mempertaruhkan lagu Aku Cinta Padamu (nyanyian asal Dato’ Siti Nurhaliza) dengan konsep musical box telah menerima pujian tinggi daripada barisan mentor. Namun, pujian para mentor dan undian juri awam nyata tidak cukup buat Mya yang akhirnya terpaksa akur dengan penyingkiran.

Selepas penyingkiran Mya (Nurul Amira binti Mat Nasir, 20 tahun), protege kepada Hazama, kini hanya tinggal Qody, Wanie, Ebba, Fareez dan Zetty akan terus bersaing di peringkat separuh akhir pada 28 Februari 2016. Kesemua protege akan menyampaikan sebuah lagu secara solo dan berduet dengan artis jemputan dalam sebuah medley. Nantikan persembahan protege bersama-sama dengan artis pilihan mereka pada separuh akhir Mentor Milenia iaitu Zetty & Aweera, Fareez & Eyza Bahra, Wanie & Farhan, Qody & Haiza dan Ebba & Azhael.

Saingan keempat (4th battle) Mentor Milenia yang telah berlangsung pada hari Ahad lalu menyaksikan kreativiti para mentor dan protege menyahut cabaran Dato’ Seri Vida (penaja utama Mentor Milenia) untuk menggubah lagu-lagu evergreen pemilihan beliau dengan menyuntik elemem-elemen yang menonjolkan ciri-ciri generasi milenia.

Persembahan protégé Black iaitu Qody dan Wanie paling menyerlah di konsert tersebut. Lakonan Qody sebagai gelandangan yang dahagakan cinta dengan iringan kumpulan percussion dalam membawakan lagu Tika Dan Saat Ini telah memberi impak. Strategi Black itu turut memberikan hasil terbaik apabila Qody berjaya mempertahankan gelaran juara mingguan untuk tiga minggu berturut-turut. Bagi Wanie pula, gabungan Mak Yung dan Dikir Barat dalam persembahan lagu Gelombang juga berjaya mencuri tumpuan sehingga  meraih markah tertinggi iaitu 29 markah daripada juri awam.

Turut memeriahkan suasana di studio ialah segmen protege pilihan iaitu Miss Baby yang membuat persembahan lagu Saloma, Jelingan Manja. Penutup persembahan pula diakhiri dengan rangkaian lagu popular Black iaitu Aku Rindu Sayang Kamu & Sofea Jane oleh kesemua protege.

Berikut ialah senarai protégé dan lagu yang disampaikan pada battle keempat, minggu keenam:

Selain dihiburkan oleh para protégé dan barisan mentor, dua pengacara Mentor Milenia, Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh turut menyerikan suasana dengan telatah gelagat mereka yang sering mencuit hati para penonton di studio dan juga di rumah.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah diangkat sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas mengharungi tujuh musim yang memberangsangkan, Mentor muncul dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Bagi musim ini, Mentor Milenia tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio sebanyak 30% dan sebelihnya (70%) menerusi  laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protégé yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dijadikan habuan untuk pemenang Mentor Milenia di peringkat akhir nanti.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Mentor Milenia diterajui oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit. Mentor Milenia turut membariskan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok U sebagai pengarah muzik.

Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi).  Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protégé disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter dan Instagram TV3Malaysia untuk mengikuti perkembangan dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman social. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Berikut ialah senarai mentor dan protege:

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Hiburan

To Top