Connect with us

Trending MY

Malique Too Phat kembali dalam bidang nyanyian?

#Trending

Malique Too Phat kembali dalam bidang nyanyian?

Malique Too Phat kembali dalam bidang nyanyian?

Malique Too Phat kembali dalam bidang nyanyian? | Mesti ramai yang menanti Malique ataupun lebih dikenali dengan panggilan General dalam industri musik tanah air kita. Kami memang tidak sangka yang Malique akan buat comeback sebab dah lama sangat dia menyepi, tapi apa yang membuatkan kami terkejut kerana ada ura ura yang mengatakan Malique sekarang ada mendidik satu kumpulan di bawah naungan Qarma Musik, nama kumpulan tu Nukilan.

download (1)

Ada yang pernah dengar lagu dari kumpulan Nukilan ni? Rasanya lagu dia orang boleh tahan jugak weh! Aduh Neng, kami first time dengar pun dah rasa macam nak menari. Peh agak berhantu jugak lagu ni. Tapi lagu ni kami rasa sangat menarik sebab dengar cerita mendapat sentuhan dari General a.k.a Malique, kalau korang dengar lagu ni guna earphone korang akan dengar bunyi Gamelan dan Gendang. Peh memang terangkat bulu roma.

shae-bg-web-1

Balik kepada cerita Malique buat comeback, korang pernah dengar lagu Shae ft Nukilan ? Tajuk lagu tu ” Rindu ” Ada yang kata lagu ni khas Malique buat untuk Joe Flizzow tp betul ke? Ada yang cakap untuk Dian? Kami mula mula dengar di YouTube ingat lagu biasa biasa je, tapi bila dua tiga kali dengar, eh kami macam terdengar satu part, macam kenal suara ni. Lepas riki riki, baru kami tahu yang part tu memang ada part Malique.

Kalau korang dengar part Zizi Kirana menyanyi minit ke 3:40 macam tu, ada seorang lelaki duet sekali dengan Zizi Kirana. Kami rasa itu suara Malique. Korang boleh cari part ni, kami ada share sikit lirik di bawah :

“yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
tak sempurna tapi ku kan tetap coba
semoga terus merindui
dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu”

Apa pendapat korang? Adakah Malique dah ready nak keluar di industri musik balik ataupun belakang tabir je? Personally bagi kami, lagu ni memang menunjukkan yang Malique ada satu message yang ingin disampaikan tetapi masih kabur, tidak tahu untuk siapa di tujukan. Apa apa pun semoga Malique a.k.a General sihat selalu, semoga satu hari nanti terbuka hari untuk kembali dalam industri musik Malaysia.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in #Trending

To Top