Connect with us

Trending MY

(SEMASA) 11street bekerjasama dengan UITOX, pasaran dalam talian terbesar di Taiwan, membawakan 200 jenama dan 150,000 produk ke Malaysia.

Semasa

(SEMASA) 11street bekerjasama dengan UITOX, pasaran dalam talian terbesar di Taiwan, membawakan 200 jenama dan 150,000 produk ke Malaysia.

Kuala Lumpur, 15 Febuari 2016 – 11street (www.11street.my) hari ini mengumumkan kerjasama bersama UITOX, pasaran dalam talian pertama yang terbesar di Taiwan yang memperkenalkan 200 jenama elit dari Taiwan termasuk 150,000 produk dari penjual Taiwan.

Kerjasama ini menandakan pelancaran TW Street, kedai rasmi UITOX di 11street, yang membawa jenama fesyen terkenal seperti OB Design, Pazzo, Toki Choi dan jenama kecantikan seperti 1028, Dr Wu, Forbelovedone, Dr Doruxi serta makanan Taiwan terkenal seperti kek nenas, gula gong, air soya merah dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street ini , Hoseok Kim berkata, berdasarkan pemerhatian, permintaan untuk produk luar yang popular di Malaysia semakin meningkat terutama sekali untuk kosmetik, aksesori seperti jam tangan, pakaian, alat elektronik, barang kemas dan barangan penjagaan diri seperti yang digambarkan dalam corak import negara serta peningkatan keperluan pengguna1

Menurut laporan MATRADE mengenai import utama teratas bagi 2015, import Malaysia untuk tekstil, pakaian dan kasut telah meningkat lebih 60 peratus dari RM8.48 billion kepada RM14.21 bilion berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014.

Beliau menekankan “Dengan kerjasama UITOX, 11street mampu memperkenalkan produk antarabangsa yang lebih berkualiti ke pasaran tempatan, yang juga merupakan sebahagian dari komitmen kami untuk lebih memenuhi permintaan pengguna Malaysia dengan campuran terbaik produk tempatan dan luar negara”.

Hari ini, 11street mempunyai lebih daripada lima (5) juta jumlah penyenaraian produk yang merangkumi pelbagai produk berkualiti Cross Border Trading (CBT) dalam platform pasaran dalam talian. Majoriti barang CBT datang dari Korea, Hong Kong, Jepun dan Amerika Syarikat. Tiga kategori item yang paling banyak dibeli dalam kategori CBT adalah produk Kesihatan dan Kecantikan, Fesyen dan barangan Elektronik.

Robert van Lith, Pengarah serantau UITOX menyatakan kemunculan debut UITOX ke dalam pasaran Malaysia adalah sesuatu yang mengujakan dengan kerjasama 11street.  “UITOX didorong dengan cita-cita untuk mencabar pasaran, bukan sahaja pasaran domestic di Taiwan, tetapi juga untuk mengembangkan landskapnya ke dalam pasaran e-dagang yang kini berkembang pesat di Malaysia. Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan pembeli kerana kami menawarkan rakyat Malaysia untuk mencuba variasi jenama popular dari pelbagai negara”.

UITOX diasaskan di Taiwan pada Oktober 2012 dan telah berkembang ke China, Singapura, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda. Kejayaan perlancaran TW Street di 11street menganjakkan UITOX ke fasa kedua di mana akan membawa lebih banyak produk merentasi sempadan negara-negara lain. UITOX kini mempunyai lebih 5,000 penjual aktif dengan lebih dari USD 224 juta nilai barangan kasar tahunan di seluruh dunia pada tahun 2015, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 193% pada tahun 2014.

Bersempena dengan kemunculan debutnya di 11street, kesemua produk di bawah UITOX akan mula dijual kepada pembeli di Malaysia melalui pelbagai promosi istimewa. Pelanggan kini boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara dan diskaun sehingga 50% terhadap barangan terpilih mulai 15 Febuari 2015. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web TW Street.

11street dan UITOX bukan sahaja mensasarkan untuk menyokong peningkatan kemunculan jenama antarabangsa yang berkualiti dalam pasaran Malaysia, tetapi berbangga kerana mampu untuk menawarkan para pembeli kemudahan mencari barangan dan jenama yang mereka suka dengan harga mampu mereka miliki.

“Kami cukup teruja untuk bekerjasama dengan UITOX dalam menawarkan rakyat Malaysia lebih banyak produk untuk mereka pilih, sementara kami memperkayakan inventori produk kami di 11street. Perkongsian ini bukan sahaja dapat meningkatkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi yang boleh dipercyai untuk jenama antarabangsa, tetapi membolehkan UITOX untuk menghubungkan perjual mereka dari Taiwan dengan pengguna Malaysia yang mencari barangan luar negara yang berkualiti”, akhiri Kim

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Semasa

To Top