Connect with us

Trending MY

(SEMASA) Butik Vendor Terbesar Pretaporter Sedia Ruang Niaga 70 Vendor

Semasa

(SEMASA) Butik Vendor Terbesar Pretaporter Sedia Ruang Niaga 70 Vendor

Butik vendor terbesar Pretaporter bakal membuka ruang niaga seluas 7000 kaki persegi dengan anggaran mampu memuatkan seramai 70 vendor di G Village Desa Pandan, di sini. 

Pengarah Pemasaranya, Siti Hawa, butik tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pakaian muslimah, malah terbuka kepada semua pakaian kasual lelaki dan wanita. “Servis kami menyediakan ruang kepada usahawan baru yang ingin meluaskan perniagaan dengan kos rendah dimana kami menyediakan staff, menjalankan promosi, iklan dan sebagainya. Pihak vendor tidak perlu memikirkan soal kos-kos promosi dan pasaran produk kerana ianya ditanggung oleh pihak kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Siti Hawa berkata, pihak Pretaporter turut menerima penyertaan pelbagai vendor dari dalam dan luar negara. Katanya, setakat ini beberapa vendor dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Turki dan Netheland telah bersetuju untuk menjadi vendor butik Pretaporter.  Ia dijangka dapat meningkatkan daya saing kepada peniaga tempatan.

“Kami ada menerima penyertaan beberapa  vendor dari luar negara negara dan kami masih dalam proses rundingan. Insya-Allah kehadiran mereka dan produk-produk dari luar ini dapat meningkatkan daya saing dan secara tidak langsung menarik pengunjung datang membeli-belah,” ujarnya. Bagaimanapun, katanya, pihak Pretaporter memberi lebih keutamaan kepada peniaga-peniaga tempatan dengan pelbagai sokongan lain.

Selain itu, kesedaran tentang kepentingan promosi, pihak Pretaporter juga telah melantik seorang artis terkenal iaitu Lufya Omar sebagai duta atau jurucakap butik tersebut. “Kami mempunyai strategi bagi menarik pelanggan untuk datang membeli-belah di butik ini iaitu dengan melantik Lufya Omar sebagai duta. Populariti Lufya dan tiket sebagai artis dapat membantu Pretaporter dikenali secara tidak langsung mengetenggahkan produk-produk di bawah butik ini,” ujarnya.

Selain Lufya, beberapa artis terkenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat turut bersetuju untuk menjadi vendor di butik ini.

Butik Pretaporter dijangka akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac dan bakal membuat pelancaran secara besar-besaran pada April depan.  Butik berkeluasan 7000 kaki persegi itu juga dijangka menarik sekitar 300,000 penduduk di sekitar Ampang dan Kuala Lumpur. Pretaporter turut menyediakan pekej ruang niaga serendah RM50 bergantung kepada terma dan syarat.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian +60126474508 (Suci) +60173911491 (Lyna).

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Semasa

To Top