Connect with us

Trending MY

(SEMASA) LEBIH NIKMAT, LAGI JIMAT DENGAN RANGKAIAN KFC SUPER JIMAT BOX!

Semasa

(SEMASA) LEBIH NIKMAT, LAGI JIMAT DENGAN RANGKAIAN KFC SUPER JIMAT BOX!

KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2016 – Dalam usaha berterusan untuk menawarkan lebih penjimatan kepada pelanggan setianya, KFC Malaysia baru-baru ini telah memperluaskan rangkaian KFC Super Jimat Box popular mereka kepada 5 pilihan kotak hebat. Menampilkan hidangan kegemaran KFC, setiap kotak menawarkan pelbagai variasi pada harga serendah RM8.95 bersih!

Pic-4-768x695

Lanjutan KFC Super Jimat Box ini menampilkan lima kotak yang dicipta khas untuk menyatukan kesemua makanan kegemaran KFC untuk memberikan penjimatan kepada pelanggan setianya tanpa menjejaskan kepelbagaian atau rasa. Sama ada anda penggemar Wrap, peminat Zinger atau hanya ingin memuaskan selera, kelima-lima kotak ini dicipta khas untuk memenuhi citarasa semua.

Pilih daripada Snacker Box, Lil’ Zinger Box, Wrap Box, Variety Box, atau Signature Box. Setiap kotak hidangan mengandungi ayam goreng kegemaran ramai (Original Recipe atau Hot & Spicy), Kentang Crispier Fries dan minuman, menjadikan ia sekotak hidangan yang cukup lengkap untuk dinikmati setiap penggemar KFC.

“Rangkaian KFC Super Jimat Box membolehkan pelanggan untuk ‘dapat lebih, belanja kurang’ dengan pelbagai pilihan lazat untuk memenuhi selera sambil menyelamatkan poket. Kami mahu pelanggan merasai penjimatan dan menikmati keenakan hidangan bernilai hebat dari KFC,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Pic-3-768x546

KFC Super Jimat Box boleh didapati bermula 23 Februari 2016, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan ini!

Berikut adalah kandungan dan harga setiap Super Jimat Box:

Screenshot_1

Screenshot_2

KFC Super Jimat Box tidak boleh didapati melalui KFC Delivery dan semasa waktu Sarapan (4pg-11pg di semua cawangan Sarapan Pagi).

-Tamat-

 

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Semasa

To Top