Connect with us

Trending MY

HSF Production Fokus kepada Artis Veteran.

Uncategorized

HSF Production Fokus kepada Artis Veteran.

KUALA LUMPUR, 30 September 2020 – MY ASIA EMPIRE telah mengadakan Majlis Pelancaran Produksi Filem dan Drama HFS PRODUCTIONS (M) SDN. BHD. di Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur. Diantara Selebriti iaitu Pelakon Badrul Muhayat, Amai Kamarudin, Ropie Cecupak (Pak Kodi) serta Puan Rusilawati (Shila Mambo).

MY ASIA EMPIRE adalah sebuah Syarikat Rakaman yang lebih dikenali dengan nama ASIA EMPIRE RECORDS. ASIA EMPIRE RECORDS telah melahirkan beberapa Artis naungan selaku Penerbit dan Edaran. Sedia maklum mereka juga mempunyai Studio Rakaman dan menjadi Nadi Utama Penggerak Karya Artis Naungan mereka secara bebas. ASIA EMPIRE juga turut terlibat dalam hal pengurusan Artis, Promosi dan sebagainya.

Setelah beberapa Tahun Bertapak di dalam Industri Muzik, kini tampil dengan gabungan bersama En. Haniff Khan serta Puan Rusilawati atau dikenali sebagai Kak Shila Mambo Pelakon serta Penulis Skrip yang tidak asing lagi didalam Dunia Perfileman dan Drama di Malaysia, bersama mereka bergabung untuk melangkah setapak lagi ke Dunia Perfileman dan Drama dengan menubuhkan sebuah Produksi Filem iaitu HSF PRODUCTIONS (M) SDN. BHD.

HSF PRODUCTIONS (M) SDN. BHD. telah Melantik Puan Rusilawati atau Shila Mambo sebagai Pengarah Pengurusan Filem dan Drama untuk beliau terus menghasilkan Karya-Karya Terbaru samada didalam bentuk Filem mahupun Drama serta Telemovie. Dengan ini HSF PRODUCTIONS (M) SDN. BHD. akan melahirkan Filem dan Drama untuk nemberi satu (1) Impak Baru serta bersaing secara sihat untuk bersama mempertabatkan Industri Filem dan Drama Malaysia.

HSF PRODUCTIONS (M) SDN. BHD. dengan ini memperluaskan lagi peluang untuk Pengkarya, Penulis Skrip serta Pelakon yang sedia ada mahupun Pelakon Baru bersama memeriahkan lagi Industri Perfileman di Malaysia Runut Bunyi Filem dan Drama yang bakal menemui semua nanti.

Dengan wujudnya HSF PRODUCTIONS (M) SDN. BHD. bukanlah sekadar menerbitkan Filem atau Drama akan tetapi secara tidak langsung ia membuka Ruang Pekerjaan pada sesetengah Pihak seperti Krew Belakang Tabir, Penulis Skrip, Penulis Lagu, Team Produksi dan lain-lain lagi.

HSF PRODUCTIONS (M) SDN. BHD. akan memberikan satu (1) saingan secara meluas untuk bersama kita mengangkat Industri Perfileman Malaysia secara Total dengan memberi sesuatu yang Segar untuk Tontonan Umum di Layar Perak. Nantikan kemunculan Filem, Drama, Telemovie dan sebagainya dari EMPIRE FILM PRODUCTIONS (M) SDN. BHD.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Uncategorized

To Top