Connect with us

Trending MY

SASUKE OUTLET MELANCARKAN PROGRAM “SASUCARE” UNTUK MEMBANTU RUMAH KEBAJIKAN.

Uncategorized

SASUKE OUTLET MELANCARKAN PROGRAM “SASUCARE” UNTUK MEMBANTU RUMAH KEBAJIKAN.

Kuala Lumpur 5 Mei 2021 – Mengambil keberkatan 10 ramadhan terakhir, SASUKE OUTLET telah mengadakan penyerahan sumbangan bagi Program ‘SASUCARE’ bermakna SASUKE Prihatin. Kempen yang berteraskan tanggungjawab sosial ini memasuki tahun kedua (2) diadakan oleh SASUKE OUTLET dengan kerjasama Fatin Kitchen dan Ola Popcorn. Penyerahan pertama ini diterima oleh Rumah Sentuhan Budi yang terletak di Petaling jaya, Selangor dengan nilai serahan RM2300.

Sebagai penerima pertama program, seramai 13 sehingga 16 kanak kanak perempuan dari Rumah Sentuhan Budi telah menerima duit raya dan diraikan. Program ini memberikan ruang kepada SASUKE untuk, mendekati masyarakat dan memberi khidmat kepada yang memerlukan.

Program SASUCARE ini akan dijalankan selama 3 bulan bermula 10 April 2021 yang lepas. Tujuan utama SASUCARE dilancarkan ialah untuk membantu rumah rumah kebajikan yang memerlukan disekitar Kuala Lumpur khususnya bagi menampung keperluan asas harian dan pendidikan warganya.

Ditubuhkan pada April 2016, SASUKE OUTLET adalah rangkaian butik pakaian terpakai berkualiti tinggi yang menawarkan harga dan nilai yang berpatutan. SASUKE Outlet kini beroperasi di kawasan Lembah Klang antaranya di Setapak, Pandan Jaya, Bandar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Cheras

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Uncategorized

To Top